Menjunjung kasih kepada Sultan Kelantan. Juga terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Kelantan.

.

Projek membaik pulih Bangunan Al-Andalus ini ialah projek yang telah disumbangkan oleh Sultan Kelantan,kerajaan dan juga rakyat Kelantan melalui pertubuhan aid4palestine.

.

Majlis rasmi penyerahan tapak pembinaan semula pembaikpulihan bangunan Al-Andalus kepada kontraktor bangunan yang mendapat kotrak untuk membaik pulih bangunan ini telah diadakan beberapa hari yang lepas.

.

Kos baik pulih bangunan ini bernilai 190 ribu dollar dan dijangka akan mengambil masa selama tiga bulan lamanya untuk disiapkan. Bangunan ini akan dibaik pulih sepenuhnya tanpa melibatkan penggantian semula perabot-perabot yang telah dimusnahkan.

.

Keseluruhan bangunan ini mengandungi 450 buah rumah pangsapuri keseluruhannya. Sembilan daripadanya telah rosak teruk dan yang lainnya ialah rosak separa. Sembilan buah rumah ini telah musnah akibat terkena empat buah roket yang telah dilepaskan dan meletupkan bangunan rumah ini. Selain daripada bangunan ini, yang menerima kesan pengeboman roket tersebut ialah kawasan sekitar.

.

Kawasan ini telah dibom awalnya dan telah mengakibatkan di kawasan sekitar juga telah musnah sepenuhnya. Bangunan sekitar yang turut dimusnahkan ialah bangunan Hanadi. Bangunan ini terletak bertentangan dan telah musnah sepenuhnya.

.

Tempat ini asalnya telah terkesan dengan pengeboman tersebut dan selepas tiga hari daripada pengeboman bangunan itu, kawasan ini pula telah dibom dengan empat buah roket. Ini telah mneyebabkan kerosakan teruk kepada sembilan buah rumah tadi.

.

Penduduk-penduduk di  rumah ini dimaklumkan hanya 15 minit sebelum rumah itu dibom untuk mereka meninggalkan rumah. Menurut penduduk ini, bilamana mereka sudah sampai ke tingkat terakhir,  pengeboman sudah pun mula berlaku ke atas bangunan itu.

.

Sekelip mata, habis semuanya dihadapan mata mereka sendiri. Semoga dengan sumbangan daripada Sultan dan warga Kelantan akan mengembalikan kawasan ini kepada keadaan sebelum ni bahkan lebih baik.

Insya-Allah.

.

“Palestin, perjuangan tanpa noktah.”

.

Seketariat Aid4Palestin