Tahniah dan terima kasih kepada anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) atas kempen sumbangan #Aid4Palestine yang berjaya mengumpulkan sebanyak RM650 ribu kepada saudara kita di Palestin.Perjuangan pembebasan Palestin berpanjangan dan sambung menyambung dari satu generasi ke satu generasi. Maka di usia yang masih kecil ini, amat penting untuk dididik dan ditanam perasaan cinta dan kasih kepada Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Saya ucapkan jutaan penghargaan khususnya kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia, PASTI Malaysia, PASTI-PASTI Negeri, Kawasan dan Cawangan serta para muallimah yang berjaya menggerakkan kempen ini.Palestin,Perjuangan Tidak Bernoktah,Sokongan Tidak Bermusim.#Aid4Palestine#PASTIMalaysia