Sekretariat Aid4Palestine ini ditubuhkan pada 11 Mei 2021 bersamaan 29 Ramadan 1442 bertujuan menggabung dan menyelaras bantuan kepada mangsa-mangsa serangan terbaharu Zionis Israel di Masjidil Aqsa 5 Mei 2021 dan 9 Mei 2021 di Gaza, Palestin.

Penubuhan jawatankuasa pemandu atau penyelaras (sekretariat) ini penting bagi memandu dan menyelaras secara tersusun segala bentuk bantuan yang akan dihulurkan kepada mangsa-magsa perang dan penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Ianya bertujuan juga menggembeling tenaga dan kepakaran dalam gabungan NGO supaya memaksimakan sumber dan impak kepada gerakan kutipan dana.

Gabungan ini sepakat mengambil ketetapan bahawa mangsa serangan Israel itu perlu dibantu dengan segera. Berikut adalahh matlamat yang akan dicapai melalui gabungan ini.

  1. Mengembeling tenaga kepakaran dalam isu bantuan bencana.
  2. Mengumpul dana yang semaksima mungkin bagi membantu mangsa yang tercedera atau pembangunan semula Palestin.
  3. Menjadi pusat sumber maklumat yang berkaitan dengan krisis pencerobohan Israel di bumi Palestin.
  4. Menjalinkan kerjasama antara badan bukan kerajaan dan kerajaan bagi memaksimakan lagi kaedah bantuan.
  5. Menjadi pusat informasi dan kesiapsiagaan bagi semua bantuan NGO kepada Palestin.