Pengerusi Sekretariat #Aid4Palestine, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menzahirkan rasa syukur dengan sumbangan rakyat Malaysia yang sedang disalurkan kepada rakyat Palestin.

Dua orang wakil Duta Muhibbah #Aid4Palestine di Gaza iaitu saudara Nadir Al-Nuri dan Abu Ayesh An-Najjar, sedang giat menggerakkan dan mengagihkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas di Gaza.

Sumbangan bantuan perubatan fasa satu dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Edaran bantuan kecemasan pek makanan kepada mangsa peperangan.

2. Sebanyak 31 buah rumah telah dikenal pasti telah rosak akibat peperangan. Setiap rumah yang dibaiki dianggarkan memerlukan tidak kurang daripada $1,000. Bahkan ada yang melebihi $5,000 untuk membaiki keseluruhan kerosakan rumahnya akibat peperangan.

3. Bantuan perubatan merangkumi rawatan susulan di rumah-rumah penduduk, sumbangan peralatan bantuan seperti kerusi roda dan tongkat serta stok ubat-ubatan. Kesemuanya bernilai RM150,000.

Sumbangan untuk fasa kedua masih dibuka sehingga 29 syawal 1442H.

Ayuh bersama kita bantu saudara kita di Palestin.