Telah berlangsung majlis penghormatan untuk 352 Hafiz Al Quran di Gaza, Palestin anjuran Muslim Care Malaysia dan Aid4palestin.

Setinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa membantu rakyat Palestin terutama di Ga.za.

Terima Kasih Malaysia.

Palestin, perjuangan tanpa noktah.

.

Sesi Townhall Bantuan Palestin dimulakan dengan bacaan doa pada jam 9 malam pada 18 September 2021. Seramai lebih daripada 25 buah NGO di bawah Aid4Palestine bersama-sama menyertai sesi ini secara langsung melalui aplikasi Zoom.

.

Yb Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Aid4Palestine merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri yang terdahulu, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin di atas keprihatinan beliau kepada isu Palestin ini. Malah beliau telah memberikan kepercayaan kepada YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang untuk menjadi duta khas Perdana Menteri ke Timur Tengah. Usaha ini malah telah diteruskan oleh Perdana Menteri yang terkini iaitu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob.

.

Aid4Palestine ialah satu kempen yang diusahakan di bawah pejabat Duta Khas Menteri ke Timur Tengah yang diibaratkan sebagai satu signal untuk menyatukan umat Islam khususnya di Timur Tengah dan lebih khusus di Palestin.

Pertubuhan Aid4Palestine ini juga bertanggungjawab sebagai seketariat yang akan menyelaraskan sumbangan yang diterima untuk disalurkan kepada sasaran yang berkaitan di Palestin. Dijangkakan dalam tempoh paling kurang dua tahun segala sumbangan yang telah kita kumpulkan akan dapat kita laksanakan sebaiknya.

.

Pengerusi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada duta Muhibbah Aid4Palestine saudara Nadir Al-Nuri dan Dr Ahmad Ayesh yang tidak pernah berhenti berusaha untuk menjayakan misi ini. Tidak dilupakan wakil khas Aid4Palestine dari International Youth Forum, Mr.Yilmaz Balkin.

.

Menurut saudara Nadir Al-Nuri, beberapa kerjasama telah dibuat dengan kementerian di Gaza. Kerjasama ini melibatkan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerja Awam. Projek dibuat secara berpusat dan diselaraskan dengan 4 kementerian yang disebutkan tadi supaya bantuan yang diagihkan tidak bertindih.

Keperluan utama pasca perang buat masa ini ialah untuk mengembalikan Gaza kepada keadaan asal sebelum perang. Perbincangan untuk projek-projek baru bukanlah fokus utama.

.

Dr. Ahmad Ayesh An-Najjar yang kini bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Gaza memaklumkan beberapa projek berkaitan pendidikan telah diwujudkan dan perjanjian MoU telah ditandatangani antara beliau sebagai wakil aid4Palestine dan pihak kementerian di Gaza. Antara projek yang telah berjalan ialah baik pulih rumah rakyat Palestin, baik pulih kolej Al-Awdah, pembekalan laptop dan printer, pembinaan dewan tahfiz dan menjayakan majlis meraikan para tahfiz Al-Quran di Gaza.

Sebanyak 750 orang graduan kolej dan universiti di Gaza telah menyertai program memperkasakan kemahiran tambahan. Sebanyak 11 jenis kursus telah ditawarkan dan para graduan ini sudah pun mula mendapatkan kerja hasil kursus ini.

Semasa hari serangan berlaku, Dr.Ahmad Ayyash tetap berusaha menyampaikan sumbangan kit kecemasan kepada mangsa serangan. Kit ini mengandungi makanan, kelengkapan tidur dan bantuan ubat-ubatan.

.

Pihak Aid4Palestine juga telah melebarkan jaringan dengan menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan Islam yang lain melalui kerajaan dengan kerajaan serta badan-badan NGO. Antara agensi yang membantu kita ialah International Youth Forum dari Turki. Wakil yang bersama kita pada malam Townhall ialah Mr.Yilmaz Balkin.

Melalui Pertubuhan International Yoth Forum ini, bantuan juga cuba disalurkan ke dalam Al-Quds dan Baitul Maqdis walaupun agak sukar untuk pihak luar masuk ke dalam kawasan tersebut. Namun ada beberapa projek yang dalam perancangan untuk diusahakan setelah berhubung dengan beberapa agensi yang berada di dalam Al-Quds dan Baitul Maqdis. Antaranya ialah edaran kit makanan kepada mangsa serangan yang telah diterima oleh hampir 2000 keluarga di kawasan tersebut.

Sokongan dan bantuan undang-undang juga diberika  kepada rakyat Palestin yang telah ditangkap oleh tentera Israel tanpa sebab serta mana-mana penduduk yang telah diambil rumahnya secara paksa oleh Israel.

.

“Buat masa ini, aktiviti utama di Aid4Palestine ialah untuk mengedarkan  secepat mungkin duit yang telah dikumpulkan sejak Mei  yang lalu kepada duta-duta dan wakil kita di Palestin. Kita merangkakan projek ini akan berterusan selama 2 tahun dan akan dijalankan secara berperingkat mengikut jadual.” Respon Dr. Suhazeli Abdullah, setiausaha Aid4Palestine setelah habis perbentangan daripada duta dan wakil Aid4Palestine dari Gaza dan Turki.

.

Menutup sesi Townhall kali ini, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah telah menyeru supaya kita semua mengaktifkan lagi jentera kita untuk memberi sumbangan harta benda dan jiwa raga dalam perjuangan yang sangat besar ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk berada bersama rakan-rakan kita yang menjadi barisan hadapan di Palestin.

“Isu Palestin ialah masalah umat yang utama pada masa kini. Palestin sedang  berdepan dengan kaum yang bermusuh terhadap Islam dan penganutnya sejak bertahun-tahun yang lalu. Malah merekalah yang menjadi punca berlakunya kerosakan di dalam dunia. Samada penyelewengan agama, penyebaran ideologi-ideologi sesat, kerosakan politik,ekonomi dan sosial , semuanya berpunca daripada zionis yahudi. Maka perjuangan menghadapi mereka mesti diutamakan. Jadikan diri kita sebagai sebahagian daripada perjuangan ini”, antara taujihat yang dititipkan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang.

.

Dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak yang berkepentingan ini, diharapkan penyaluran sumbangan kepada warga Palestin akan berjalan lancar. Semoga suatu hari nanti, Palestin akan berjaya membebaskan diri daripada cengkaman Israel dan merasai nikmat kemerdekaan seperti yang rakyat Malaysia kecapi hari ini.

.

.

.

Seketariat Aid4Palestine

.