Bagi melancarkan gerak kerja menghantar bantuan kepada rakyat Palestin, Aid4palestine telah membahagikan dana kepada beberapa entiti untuk menjadi perantara kepada bantuan.
.
Sebanyak RM500 Ribu sumbangan telah disalurkan kepada rakyat Palestin melalui rakan NGO Turki.
.
“Pihak Aid4palestine mengucapkan terima kasih kepada rakan NGO Turki yang menjadi perantara kepada bantuan ini.” ucap Pengerusi aid4palestine, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
.
International Youth Forum merupakan satu NGO rasmi berpusat di Turki. Setakat ini mereka berjaya memberikan bantuan peringkat awal iaitu pengagihan barang keperluan harian kepada keluarga yang tertindas.
Lebih banyak bantuan akan disalurkan secara berperingkat selepas ini.
.
.
“Palestin, perjuangan tanpa noktah.”
.
Sekretariat Aid4Palestine