Akhirnya 97 buah rumah sumbangan Kemanusiaan PASRelief berjaya disiapkan proses membaik pulih kesan daripada serangan daripada zionis Israel.

MashaAllah tabarakallah!

.

Bagaikan satu keajaiban, setelah banyak kali siri lawatan oleh jurutera, juru gambar dan juru video akhirnya projek baik pulih rumah dalam jumlah yang sebanyak ini siap setelah tiga bulan dimulakan.

.

Setiap rumah perlu diziarahi beberapa kali sebelum ditentukan kos baik pulih. Kemudian setelah perjanjian ditandatangani oleh pemilik rumah, jurutera yang bertanggungjawab perlu menziarahi rumah-rumah ini di sepanjang proses pembaikan dua atau tiga kali seminggu.

.

Selain itu pasukan jurugambar dan juruvideo juga perlu menziarahi setiap rumah sekurang-kurangnya tiga ke empat kali untuk merakam keadaan sebelum dan selepas rumah dan menyediakan gambar untuk dimasukkan dalam laporan aid4palestine. Ini bermaksud setiap rumah diziarahi hampir 15 kali dan didarab dengan kuantiti 97 buah rumah, hampir 1500 ziarah ke lapangan dilakukan untuk menyiapkan rumah-rumah ini!

.

Amanah dan sumbangan dari rakyat Malaysia, telah dimanfaatkan sebaiknya melalui pasukan Duta Muhibbah Aid4palestine yang berada di Gaza.

.

Terima kasih kepada PasRelief yang telah memberi kepercayaan kepada pasukan Aid4palestine untuk menguruskan sumbangan ini. Untuk makluman selain projek baik pulih rumah, PasRelief turut menyumbang wang bantuan segera kepada keluarga penduduk yang terkesan bernilai RM1 juta dan sebuah ambulans untuk kegunaan pesakit dan mangsa perang.

PasRelief juga akan bertapak dengan lebih teguh di Palestin dengan pembukaan cawangannya di sini dalam masa terdekat.

.

Terima kasih Malaysia!