1. Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dalam suasana yang sangat mencabar bagi umat Islam. Telah berlaku kepungan ahzab zaman moden yang sangat mencabar iaiatu serangan dan pencerobohan yang ganas ke atas Gaza. Satu wilayah yang kecil dalam Palestin.
  2. Serangan yang dilakukan ini ditumpukan secara khusus bagi menghapuskan gerakan Hamas dan tanzim jihad di sana.
  3. Alhamdulillah, semua kumpulan-kumpulan di Palestin bersatu tanpa mengira fahaman politik. Semua kelompok masyarakat di Palestin yang beragama Islam dan Kristian telah bersatu menghadapi pencerobohan yang ganas ini. Pencerobohan yang tidak syak lagi dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia yang membekalkan segala jenis senjata kepada Israel.

  1. Kuasa-kuasa besar ini telah mengiktiraf penubuhan negara haram Israel sejak awal penubuhannya lagi. Israel dilindungi dan mendapatkan kedudukan imuniti dari sudut undang-undang antarabangsa oleh kuasa veto dan kuasa-kuasa besar di barat secara khusus.
  2. Gerakan zionis ini menjadi perancang kepada gerakan freemason. Mereka telah berjaya menguasai politik di negara-negara besar dunia, media-media antarabangsa dan majlis keselamatan antarabangsa termasuklah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malah mereka juga menguasai ekonomi antarabangsa termasuklah bank dunia.
  3. Dalam suasana genting pada hari ini, kita seharusnya mendokong kebangkitan rakyat Palestin yang kini telah bersatu sesama mereka bukan sahaja di Gaza bahkan di seluruh Palestin. Bukan sahaja di Tebing Barat, malah termasuk orang Arab Palestin yang berada di negara haram Israel. Orang-orang Arab Palestin beragama muslim dan kristian kini telah bangkit.
  4. Kita sangat gembira kerana rakyat-rakyat di negara Arab di sekeliling Palestin mendokong perjuangan rakyat Palestin dengan sangat kuat. Tidak lemah seperti kerajaan-kerajaan mereka.
  5. Bangsa zionis Israel telah tersilap langkah. Tindakan mereka tidak ubah seperti menjolok sarang tebuan apabila mereka mula menceroboh kawasan Syeikh Jarrah. Mereka menghalau penduduk-penduduk Palestin daripada rumah mereka untuk didiami oleh pendatang-pendatang Yahudi dan juga menceroboh Masjid Al Aqsa.
  6. Pendatang-pendatang ini diberi senjata malah dibenarkan menggunakan senjata. Mereka dilindungi oleh polis dan tentera Israel. Sedangkan orang-orang Arab Palestin hanya berlawan dengan tangan kosong atau batu sahaja.
  7. Orang-orang Zionis ini tidak mahu menyerah kalah. Mereka merasakan mereka boleh mengalahkan kumpulan yang sedang bangkit ini.
  8. Hari ini kita lihat sudah ada demonstrasi di Lubnan dan Jordan. Sudah ada kebangkitan di Syria, Mesir dan di negera-negara di sekeliling Palestin untuk mendokong perjuangan Arab Palestin.
  9. Sehingga kini, hanya beberapa negara sahaja yang menyatakan secara terbuka untuk menyokong Palestin dan menentang tindakan Israel yang menceroboh ini.
  10. Walaupun dibenci oleh orang-orang kafir yang bermusuh dengan Islam, kaum Islam yang tidak pandai menipu ini telah mencetuskan semula kebangkitan Islam di seluruh dunia. Termasuklah di negara kita, Malaysia, di benua India, di Pakistan bahkan seluruh negara di asia tengah. Termasuklah Turki dan Utara Afrika.
  11. Kini, negara Turki bersama Iran bangkit menjadi kuasa besar yang tidak tunduk kepada kuasa barat dan timur. Kita mengharapkan Iran dan Turki akan bergabung. Menggabungkan kekuatan Islam untuk menghadapi cabaran baru ini.
  12. Alhamdulillah pertembungan yang berlaku di Gaza baru-baru ini banyak berpihak kepada Palestin. Israel telah gagal menundukkan tentera Hamas dan kuasa jihad. Apa yang berlaku ialah serangan udara secara bertubi-tubi dan bertali arus dan telah dibalas oleh Palestin. Tentera Hamas telah memberi serangan balas ke dalam Israel. Ini adalah tindakan yang belum pernah dibuat sebelum ini.
  13. Dalam peperangan, yang menjadi penentu kepada kemenangan ialah peperangan di atas darat. Kita nampak Israel teragak-agak dan takut untuk melancarkan serangan darat. Mereka takut akan terperangkap dengan senjata-senjata yang canggih yang dimiliki oleh Palestin. Belum lagi yang dimiliki negara Iran, Turki, Syria dan Lubnan. Belum lagi. Yang ada di Palestin sahaja pun mereka sudah tidak boleh mengatasinya.
  14. Apa yang disebut sebagai pertahanan kubah besi untuk melindungi Israel daripada serangan roket kini telah ditembusi oleh serangan-serangan Palestin baru-baru ini dengan menggunakan senjata mereka yang canggih. Dengan sebab itu, kemungkinan besar akan berlaku usaha genjatan senjata oleh Amerika dan kuasa-kuasa besar dunia. Mereka akan berusaha mempengaruhi negara-negara Islam dan Arab supaya menerima genjatan senjata. Tujuannya bukan untuk damai tetapi lebih kepada untuk menyelamatkan Israel yang ganas itu.
  15. Rakyat Palestin telah mengorbankan para syuhada dalam perjuangan mempertahankan Palestin. Rakyat di sempadan negara itu juga telah menyumbangkan para syuhada dalam menghadapai apa yang telah berlaku. Termasulah negara Iran, Pakistan dan Bangladesh .Kita yang bercakap kuat di atas nama mazhab dan macam-macam lagi, apa yang kita telah buat?
  16. Kita berharap supaya kerajaan Islam termasuk kerajaan Malaysia, bangkit dengan proaktif menyokong perjuangan Palestin mempertahankan kedaulatan dan mempertahankan syahsiah seterusnya menentang musuh yang paling besar dalam sejarah manusia iaitu kaum zionis yahudi. Kaum ini telah membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul as. Kaum yang dilaknat oleh Allah.

20. Marilah sama-sama seluruh umat Islam memberi sumbangan masing-masing dan menyahut seruan Allah SWT. Mengikut kedudukan masing-masing. Yang berada di medan,berperanglah. Yang mampu beri senjata, berilah senjata. Yang mampu beri duit, berilah duit. Termasuklah yang paling lemah, duduk di tikar sembahyang dan berdoalah kepada Allah untuk beri kemenangan.

Cukup sekadar itu, wabillahhitaufiq wal hidayah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi